Selasa, 3 Julai 2012

APA AKU RASA???

Pada insan yang sangat berhati mulia terima kasih banyak2 kerana sudi menyampaikan cerita2 yang entah betul atau tidak...maafkan aku kerna apapun yang cuba kamu sampaikan langsung tidak berbekas di hati ini.. tiada persaankah aku??? kalau itu yang cuba kamu persoalkan dalam hati kamu kerana aku bisa tenang dan tersenyum mendengar ketika kamu menyampaikan...aku tiada jawapan untuk itu kerana tu memang perasaan aku...bukan bererti diam harus aku terima sebulat2nya dan bukan aku tolak sementah2nya... pada aku siapapun kamu dan siapa pun mereka juga apapun yang kamu katakan juga apapun yang dia dan mereka katakan aku tidak pernah peduli...andai tidak benar apa yang dia dan mereka cuba lakukan semoga Tuhan merahmati mereka dan andai benar juga semoga Tuhan merahmati dia dan mereka...aku bukan siapa-siapa yang patut memberi hukuman atas kertelanjuran perbuatan dia, mereka juga kamu....pada aku dia, mereka dan juga kamu tak penting bagi aku...yang sangat2 penting bagi aku cukupla sekadar aku punya harta disekelilingku iaitu keluargaku...sakitkah hati ini??? perlukah aku memikirkan kesakitan itu?? buat pengetahuan kamu, dia dan mereka...walau sederita mana pun akan aku buang jauh2 rasa keperitan itu...aku perlu kuat demi sebuah kehidupan...aku sayangkan suamiku, arwah dady, mama, mak dan adik2ku..mereka anugerah Allah yang tidak ternilai harganya buat aku..tidak cukupkah kasih sayang mereka hingga aku perlu cari simpati kalian?? atau terlebih cukupkah kasih sayangkah keluarga kalian sehingga terpaksa dihulurkan lebihan kasih itu kepada aku??.maka dengan itu mana pentingnya kata-kata kamu pada aku...demi Allah sebesar kuman pun aku tak berdendam andai kamu tidak menyampaikan apa2 tentang apa2 pun kerana aku bukan orang yang suka mendengar perihal orang jauh skali mengintai cebisan kain orang...pada kamu, dia dan mereka maafkan aku kerana aku tak pernah menghargai niat murni kalian....APA AKU RASA??wallahualam...

Ahad, 1 Julai 2012

Sambungan bercuti di Bandung....

Inilah kawah ratu Tangkuban Parahu...cuaca yang sangat sejuk dan bau lava yang agak kuat...
nasib sempat ambil gambar dengan jelas sebelum kabus tebal menutupi pemandangan kawah tu....
Day 2....part I

Hari kedua aku di Bandung seawal jam 4 am lagi en.amad (asben aku) dah bangun mebi sebab exited campur x sabar nak jalan2 di kota bandung...yang lain2 masih lena lagi konon2 ingat yang subuh kul 6 pagi.. helo...this is indonesia ok not malaysia yang mana kul 6 pagi dah mcam kul 9 pagi...terang benderang ok...so mencangak la masing2 bile bangun tengok matahari kat atas kepala...kami just breakfast dgn roti sapu planta dan kopi o yang disediakan oleh pihak apartmen...jadi la sekadar alas perut....supir sampai jam 7 pagi maka aku minta dia bawa kami terus ke Tangkuban Perahu yang mana kat situ terdapat kawah hasil letusan gunung berapi yang dah tak aktif lagi...
ahli rombongan sedang berposing di kawasan Tangkuban Parahu
tempat wajib bergambar bile sampai sini....
Kat tempat ni korang akan dikerumuni oleh peniaga2 yang memang sedia menunggu selepas subuh lagi.. dorang ni akan ikut kite ke mana sahaja memujuk agar kite membeli barang yang dorang jual untuk buat pecah telurnya kata depa...kalau korang pandai dan bernasib baik korang akan dapat harga yang agak murah jugakla "harga pecah telur"...hehe tapi kenala bargain giler2 punye...dorang ni bab memujuk dan tunjuk muka kesian memang expert sampai kite tak sampai hati dibuatnya kalau tak beli...aku dapatla beli fridge magnet dengan harga yang murah jugak...nanti kat situ korang akan dibawa ke kaunter informasi untuk diberi penerangan serba sedikit tentang sejarah tangkuban parahu ni then dorang akan tanya samada korang nak ke kawah domas atau tidak yang mana untuk ke kawah tu korang akan dikenakan caj rp 500,000 untuk 5 orang....di kawah domas ni korang boleh turun sendiri sampai ke kawah dengan bantuan guider yang disediakan yang mana di kawah tersebut ada disediakan perkhidmatan urut menggunakan lumpur disitu buat ubat penyakit kata mereka.. disebabkan kami kesuntukan masa kerana banyak tempat lagi yang kami ingin pergi maka kami tak ambil pakej untuk turun ke kawah tersebut.....cukupla sekadar kami dapat lihat pemandangan kawah ratu dan menikmati sendiri udara disitu...aku nasihatkan pada yang ade asma atau hidung cepat tersumbat macam aku ni better korang bawak baju sejuk atau pakai baju yang tebal untuk mengelakkan dari diserang penyakit tu akibat cuaca yang agak sejuk di situ...kalau tak ko tanggung sendirila sakit ko tu...ok ni saja catatan buat kali ni sebab macam dah banyak yang aku membebel walhal baru satu tempat jek...adios amigos...

Cantik kan pemandangan kat sini...rasa tenang jek....macam tak puas jek duk sekejap...ade rezeki aku nak repeat lagi tempat ni...banyak kali pegi pun aku tak jemu...

Sabtu, 30 Jun 2012

BERCUTI DI JAKARTA & BANDUNG

ASALAMUALAIKUM...

AKU BERCUTI DI BANDUNG PADA 13 - 16/06/2012....inilah percutian kali pertama aku di luar negara.....dah lama sebenarnya aku simpan impian nak ke sana tapi disebabkan banyak kekangan dan bajet yang kureng makanya hajat aku tu slalu tinggal angan-angan jelah sampailah tarikh keramat tersebut syukur Alhamdulillah sampai juga akhirnya aku ke bumi Bandung...dengan family aku angkut skali...memang tu la impian aku dari kecik lagi bile aku ade rezki lebih cikit aku nak bawak family aku melancong...huuuaaaaaa....sangat teruja ok.... tak digambarkan dengn kata2....meh sini aku nak citer ckit pengalaman aku kat sana dari hari 1st hingga last day..mana la tau korang berhajat nak ke sana bleh la ricky2 mana yang patut kan...especially yang baru 1st time nak ke sana.....

Day 1.....

aku gerak dari melaka dalam kul 4 pagi dan sampai kat lcct kul 6 pagi....kami dah sepakat nak parking di depan Tune Hotel yang mana caj nye agak murah berbanding parking kat tempat lain...aku parking untuk 4 hari caj dikenakan hanya RM65.00..ok la tu kan daripada ko kena bayar beratus kat tempat lain...dah bayar murah ko janganla aspect nak parking dekat2 dengan lcct tu..dah tentu kena menapak lebih kurang 1km gak la nk ke lcct tu...xpela exercise di pagi hari....peluh2 ok aku kat sana...flight aku kul 7.30 pagi no delay2 dan kami selamat sampai ke airport Hatta Sukarnoe Jakarta dalam jam 9.00 waktu Malaysia....sampai kat airpot tu aku dijemput oleh pak supir asep bukan nama sebenar...(nanti aku citer babak bengang aku dgn supir ni...tunggu...). Kami dah booking awal2 supir ni dari malaysia lagi dengan kenderaan Isuzu APV yang sangat luas untuk kami berenam. So aku pun terusla bagi schedule yang aku dah siapkan awal2 lagi tempat2 yang aku nak tuju di sana...tempat 1st yang aku adalah Mangga Dua yang merupakan tempat shopping ok...pada aku kat tempat ni biasa2 aje...xde yang menarik perhatian aku tapi korang bleh la try sebab dah sampaikan kena la jejakkan kaki tu......then kami ke Tanah Abang Jakarta...kat situ memang happening aku sempat rembat telekung sehelai untuk mama aku dan beberapa helai blouse untuk di pakai hari2 seterusnya aku kat sana...aku cuma bawak 2 helai baju je...so kenala beli...aku jugak beli beberapa helai tshirt tanda kenang-kenangan untuk ipar duai dan adik2 aku....aku nak bagi tau kat korang lebih baik beli tshirt kat luar mall kat bawah2 khemah tepi jalan tu coz harga lebih murah berbanding yang kat dalam.....dah puas bershopping baru tersa perut dah berbunyi2...kami pun minta supir bawa kami ke Restoran Simpang Raya Jakarta...kat situ kami dihidangkan dengan masakan padang...banyak sangat lauk yang dihidangkan tapi kami pilih yang mana nak makan je...yang taknak kami letak jauh2 takut bile sampai bil amik ko abis smua dikiranye...aku oder jus alpukat yang smua orang bile pegi sana akan try jus ni...pada aku best sangat jus ni...tapi kawan aku k.ruby tak bleh nak telan jus ni dia cakap x best langsung..so aku la tukang menghabiskan air dia...huhuhu... bersiul2 ok lepas menghabiskan 2 gelas jus alpukat...dah setel part makan kami minta supir bawak kami ke masjid untuk solat...then baru kami bertolah ke bandung....perjalanan kami ke Bandung sepatutnya mengambil masa 2 jam tapi sebab macet dengan pak supir bawak slow yang amat makanya jadila 4 jam...letih giler duk dalam apv lame2 nasib selesa so xla skit badan sangat....kami sampai bandung lebih kurang jam 9 pm waktu Indonesia dan kami minta untuk dinner di Restoran HDL Cilaki Seafood. Sangat sedap ooo...makanan kat restoran tu aku bleh bagi 5 bintang bagi setiap menu yang aku oder...korang kalau cari tempat makan bleh la try kat restoran ni aku pasti korang takkan menyesal...2 malam berturut2 aku makan kat restoran ni dengan try menu yang berlainan...sangat superb!...lepas dah kenyang tahap gaban kami pun minta supir hantar ke Apartmen Cipedes untuk check in...Apartmen ni pun aku dah booking awal2 dari malaysia lagi....Nanti aku upload gambar berserta details setiap tempat yang aku pegi tau...blehla jadi rujukan kat korang yang nak ke sana....sekian celoteh panjang untuk kali ni...minta maafla kalau korang muntah ijau pas baca ayat panjang2 ni...kesilapan adalah disengajakan...adios...

Jumaat, 9 Mac 2012

aKu BuKaN SiaPa-SiaPa

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau............

kepada warga dunia aku ini hanyalah penumpang di bumi Malaysia pemilik yang Maha Esa..aku cuma seorang yang hanya berkerja sebagai kuli...yang bercita-cita mempunyai perniagaan sendiri pada suatu masa yang entahkan bile....telah banyak masa yang aku habiskan dengan berangan-angankan ingin menjadi kaya..makanya pada ketika ini saat aku diam kebosanan memikirkan nasib sendiri yang akan berubah atau sama saja di takuk hari ini..jari ini dengan tidak melengahkan masa lagi terus rancak menari di papan keyboard membuka satu lembaran baru di dalam dunia teknologi yang aku agak ketinggalan jauh pada dasar dan sasarnye...sudah tentunya dunia berblogging....so selamat datang aku ucapkan pada diri sendiri ke dalam dunia blogging yang aku ciptakan sendiri.....semoga orang dunia yang sudi menjengah atau tersesat di blog aku ni boleh menjadi insan yang boleh memberi idea dan semangat untuk aku mencapai impian aku walau bukan berbisnes sepenuh masa cukup juga sekadar separuh masa kerana aku masih sayangkan kerjaya aku sebagai kuli....